Pages

Saturday, July 31, 2010

PROGRAM SATU HARI BERSAMA KANAK-KANAK ISTIMEWA

JOM TONTON



TERIMA KASIH

Thursday, June 10, 2010

Maksud Di Sebalik Lambang PDK Bintang Hati

Visi PDK Bintang Hati

*Memulihkan golongan orang kurang upaya (OKU) dalam keluarga dan masyarakat untuk OKU mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi serta berkomunikasi dengan masyarakat.

Misi PDK Bintang Hati

*Penggunaan sumber tempatan boleh dinaik kan dengan penglibatan OKU dan masyarakat setempat sambil menjalani proses pemulihan.
*Kemahiran yang di hasilkan oleh OKU boleh didedahkan kepada masyarakat untuk mendapatkanmanfaat yang tertentu.



CEKAL

*Membawa maksud bukan Orang Upaya sahaja mempunyai kecekalan tetapi OKU juga boleh membuktikan kecekalan masing-masing untuk mencapai impian.

KREATIVITI

*Membawa maksud Orang Kurang Upaya juga boleh menghasilkan banyak ciptaan dan rekaan hasil dan usaha mereka.

INOVATIF

*Membawa maksud Orang Kurang Upaya juga mampu memberi atau mengeluarkan idea yang kreatif dan inovatif serta bernas.

* Simbol BINTANG dan HATI bila digabungkan akan terbentuk satu nama iaitu "BINTANG HATI" dan mempunyai makna yang sangta banyak.

Merah pada Hati(LOVE)

*LOVE iaitu bentuk hati bagi PDK.Ia juga memberi makna "kasih Sayang",hormat menghormati dan hubungan silaturrahim yang erat.
* Berwarna Merah sebagai bukti "kasih sayang" itu wujud di kalangan orang berupaya dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Oren dan Kuning (BINTANG)

* Bintang bermaksud impian yang ingin dicapai seperti bintang dilangit.
*Berwarna Kuning kerana OKU juga boleh mengejar "impian" masing-masing kerana setiap manusia mempunyai masa depan yang cerah jika berusaha.
*Berwarna Oren bermaksud "keceriaan" diantara orang upaya dan Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa mengira kesempurnaan.

Hijau

*Berwarna Hijau membawa maksud "keharmonian" sesebuah negara.Buktinya negara boleh lebih maju dan berkembang dengan usaha Orang Kurang Upaya.
*Diwarnakan pada tulisan kerana bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) bukan pada satu tempat sahaja malah keseluruh dunia kerana warna Hijau ada pada Global (bumi).


Friday, June 4, 2010

PENGENALAN PDK BINTANG HATI

Pusat Harian Pemulihan Dalam Komuniti
beralamat di No 01 Pusat (PDK Bintang Hati) Felda Chini Timur 3, 26601 Chini,
Pahang Darul Makmur.
Tarikh kelas bermula pada
24 Januari 2005 dan telah dirasmikan oleh Datin Rosmah Mansor pada 25 Jun 2005. Sebelum
program PDK berpindah ke bangunan baru,
program PDK menumpang di bangunan GPW. Felda telah membelanjakan
RM 150,000 untuk menyiapkan bangunan PDK yang baru. Program PDK berpindah ke bangunan baru pada 23 Februari 2007.


Terdapat seramai 35 orang peserta OKU yang berdaftar di PDK dalam tahun 2010. 21 orang peserta yang menjalani program di kelas PDK, 8 orang program di bengkel, yang mana 3 orang peserta kelas telah terlibat menjadikan 11 orang peserta di bengkel. dan 6 orang peserta OKU menjalani program di rumah.
Di PDK Bintang Hati, terdapat 4 kategori kecacatan, iaitu :-
Akal,
7 orang lelaki,
11 orang perempuan.
Fizikal,
2 orang lelaki,
11 orang perempuan.
Pendengaran, 2 orang perempuan
Penglihatan, Seorang lelaki, seorang perempuan.

PDK Bintang Hati mempunyai 10 orang Ahli Jawatankuasa Dan 4 orang pekerja PDK.

Carta Organisasi PDK Bintang Hati

Carta Organisasi PDK Bintang Hati Chini Timur



PENAUNG

YB Dato Abu Bakar Hj Harun

|

PENASIHAT

JKM

|

PENGERUSI

En. Tajuddin Abdul Rahim

|

SETIAUSAHA

En Mohd Sabri Mohamed

|

BENDAHARI

Pn Noor Huda Abu Bakar

|

AJK

|

-En Salleh Mohamad

-En Abdullah Awang Kechik

-En Zubairun @ Zubairuh Yatim

-En Mohd Ali Bakar

- Pn Mariam Busu

-Pn Roiah Kasim

-Pn Che Miah Mustafa



CERIA BERTAMBAH AKTIF


PDK BINTANG HATI
Norhasimah Bt Borhan
Badariah Bt Omar
Ramlah Bt Abdul Rapar
Normastika Bt Aw Putih

Phone: 019-7385850
Fax: 09-4571488 - Pejabat (F) CT3
E-mail: pdkbh_ct@yahoo.com
Blogspot : http://bintanghati-ct.blogspot.com

Objektif Dan Program


OBJEKTIF PDK

*Mengambil dayausaha melalui pendekatan yang memerlukanpenglibatan secara aktif oleh ibubapa, keluarga dan masyarakat supaya dapat memahami, mendidik dan mengendali anak-anak istimewa serta Oku mengikut kebolehan dan keupayaan yang ada.
*Membolehkan anak-anak istemewa serta Oku untuk berdikari danmendapat manfaat potensi diri untuk masa depan mereka.
*Mendidik masyarakat supaya dapat menerima anak-anak istimewa serta Oku ini dalam komuniti mereka .

PROGRAM

Menerusi program yang disediakan , kami akan berusaha untuk meningkat
potensi peserta-peserta Oku yang memerlukan bantuan dan kepakaran dalam
aspek-aspek seperti berikut:-

*Komunikasi
*Pergerakan motor kasar (merangkak,duduk,jalan)
*Mengurus diri sendiri(pakai baju, sikat rambut, berus gigi)
*Pendidikan asas (menulis, mengeja, mengenal,mengira dan menghafal)
*Perhubungan social.
*Pra- Vokasional
*Bengkel memasak
*Lawatan kerumah.

Peserta pilihan

Peserta
pilihan : -
Dari Kanan, Rosmanisa Binti Hamzah, Saharudin Bin Mohd Salleh, dan Rosuhaida Binti Abdul Rahman adalah peserta Pemulihan Dalam
Komuniti yang berkemahiran walaupun mereka mempunyai kekurangan dari segi fizikal mahupun mental. Tanpa diasuh dan dicungkil bakat mereka, kita tidak tahu apa kelebihan tersembunyi dalam diri mereka.
Percayalah, bahawa manusia juga ada mempunyai kelemahan mereka sendiri, tetapi disembunyikan oleh kebijaksanaan masing-masing. Peserta ini juga berjaya menyembunyikan kelemahan mereka kerana mereka sering berusaha untuk menjadi yang terbaik daripada yang terbaik. Hasil
kraftangan mereka juga kini mendapat sambutan penduduk setempat,
contohnya Kasut Kait, Tas Telefon, Sarang Telur Perca, dan pelbagai lagi yang dihasilkan oleh peserta itu sendiri malah turut menjadi
sebahagian produk jualan di PDK
Bintang Hati. Mereka juga menghasilkan produk kuih, seperti kuih kering dan pelbagai lagi yang disertai
bersama 8 orang peserta lain.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:


PN. NORHASIMAH : 019-7385850
EN TAJUDDIN : 019-9835389



PUSAT HARIAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
NO 01 PUSAT (PDK BINTANG HATI)
FELDA CHINI TIMUR
26601 CHINI
PAHANG DARUL MAKMUR

Tuesday, May 4, 2010

PROFIL PDK BINTANG HATI


Tontonilah bersama seisi keluarga



Friday, April 30, 2010

MAJLIS ULANG TAHUN PDK & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



TONTONILAH BERSAMA SEISI KELUARGA




PDK WATER PARK

ROMBONGAN WATER PARK




LAWATAN PDK KE WATER PARK

Tontonlah bersama seisi keluarga...


Sunday, March 28, 2010

AKTIVITI PDK

Aktiviti Harian



ROMBONGAN WATER PARK

Galeri PDK