Visi PDK Bintang Hati
*Memulihkan golongan orang kurang upaya (OKU) dalam keluarga dan masyarakat untuk OKU mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi serta berkomunikasi dengan masyarakat.
Misi PDK Bintang Hati
*Penggunaan sumber tempatan boleh dinaik kan dengan penglibatan OKU dan masyarakat setempat sambil menjalani proses pemulihan.
*Kemahiran yang di hasilkan oleh OKU boleh didedahkan kepada masyarakat untuk mendapatkanmanfaat yang tertentu.
CEKAL
*Membawa maksud bukan Orang Upaya sahaja mempunyai kecekalan tetapi OKU juga boleh membuktikan kecekalan masing-masing untuk mencapai impian.
KREATIVITI
*Membawa maksud Orang Kurang Upaya juga boleh menghasilkan banyak ciptaan dan rekaan hasil dan usaha mereka.
INOVATIF
*Membawa maksud Orang Kurang Upaya juga mampu memberi atau mengeluarkan idea yang kreatif dan inovatif serta bernas.
* Simbol BINTANG dan HATI bila digabungkan akan terbentuk satu nama iaitu "BINTANG HATI" dan mempunyai makna yang sangta banyak.
Merah pada Hati(LOVE)
*LOVE iaitu bentuk hati bagi PDK.Ia juga memberi makna "kasih Sayang",hormat menghormati dan hubungan silaturrahim yang erat.
* Berwarna Merah sebagai bukti "kasih sayang" itu wujud di kalangan orang berupaya dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Oren dan Kuning (BINTANG)
* Bintang bermaksud impian yang ingin dicapai seperti bintang dilangit.
*Berwarna Kuning kerana OKU juga boleh mengejar "impian" masing-masing kerana setiap manusia mempunyai masa depan yang cerah jika berusaha.
*Berwarna Oren bermaksud "keceriaan" diantara orang upaya dan Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa mengira kesempurnaan.
Hijau
*Berwarna Hijau membawa maksud "keharmonian" sesebuah negara.Buktinya negara boleh lebih maju dan berkembang dengan usaha Orang Kurang Upaya.
*Diwarnakan pada tulisan kerana bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) bukan pada satu tempat sahaja malah keseluruh dunia kerana warna Hijau ada pada Global (bumi).