Pages

Friday, June 4, 2010

PENGENALAN PDK BINTANG HATI

Pusat Harian Pemulihan Dalam Komuniti
beralamat di No 01 Pusat (PDK Bintang Hati) Felda Chini Timur 3, 26601 Chini,
Pahang Darul Makmur.
Tarikh kelas bermula pada
24 Januari 2005 dan telah dirasmikan oleh Datin Rosmah Mansor pada 25 Jun 2005. Sebelum
program PDK berpindah ke bangunan baru,
program PDK menumpang di bangunan GPW. Felda telah membelanjakan
RM 150,000 untuk menyiapkan bangunan PDK yang baru. Program PDK berpindah ke bangunan baru pada 23 Februari 2007.


Terdapat seramai 35 orang peserta OKU yang berdaftar di PDK dalam tahun 2010. 21 orang peserta yang menjalani program di kelas PDK, 8 orang program di bengkel, yang mana 3 orang peserta kelas telah terlibat menjadikan 11 orang peserta di bengkel. dan 6 orang peserta OKU menjalani program di rumah.
Di PDK Bintang Hati, terdapat 4 kategori kecacatan, iaitu :-
Akal,
7 orang lelaki,
11 orang perempuan.
Fizikal,
2 orang lelaki,
11 orang perempuan.
Pendengaran, 2 orang perempuan
Penglihatan, Seorang lelaki, seorang perempuan.

PDK Bintang Hati mempunyai 10 orang Ahli Jawatankuasa Dan 4 orang pekerja PDK.

0 comments:

Post a Comment